“Dah jelaskan tapi masih tak puas hati” – Mark Adam Dedah Pihak Berkuasa Datang Check Gerai

Entertainment
6 Jan 2025 • 6:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah tular keluhan orang ramai berkenaan dengan harga Sate Bhalut yang dijualnya, pemilik produk makanan tersebut yang juga penyanyi terkenal Mark Adam atau Fikri Mark Adam Abdullah mendedahkan bahawa masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

Jelasnya, dia didatangi oleh penguatkuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuat pemeriksaan terhadap gerai jualannya.

“Walaupun sudah jelaskan tapi masih ada yang tak puas hati dan komen negatif lagi sampaikan tadi ada pekerja saya beritahu ada pihak berkuasa datang untuk periksa harga di gerai saya.”

Bagaimanapun, Mark Adam tidak melatah dengan tindakan pihak berkuasa kerana faham bahawa itu adalah tugas mereka dan penyanyi yang terkenal menerusi lagi Marry Me itu juga memberikan kerjasama.

image is not available

“Tugas pihak berkuasa tu untuk periksa dan kira harga jualan saya dan kos barangan semuanya saya tak selindung dan tunjuk kepada pihak tersebut.”

“Barang-barang premium seperti daging, kambing daripada New Zealand, ayam bahagian peha jadi semuanya sudah dijelaskan sebab tu saya tak risau lagi pun saya meniaga di karnival makanan jadi harga memang berbeza.”

Mark Adam menjelaskan biarpun dia terasa dengan kecaman yang diberikan, tetapi dia terima seadanya untuk memperbaiki lagi mutu kualiti produk perniagaannya kerana dia masih lagi belajar tentang selok belok perniagaan.

Dalam pada itu, Mark juga merancang untuk menghasilkan menu baru yang lebih murah dan mampu milik bersesuai dengan kemampuan pembelinya.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.