
Dah hampir nak masuk tahun 2024 ini, pasti ramai yang dah tahu dengan ‘kuasa’ algorithm dalam media sosial ini. Segala apa yang muncul dekat timeline kita biasanya adalah bergantung kepada apa yang kita cari dan perkara yang gemar baca atau lihat di media sosial.
Jadi, kalau kita suka layan video kucing, maka memang bersepahlah kandungan mengenai kucing yang keluar, begitu juga dengan masakan, solekan, isu semasa dan lain-lain lagi.
Artikel Berkaitan : “Nama pun intern”, Lelaki Dikecam Lepas Kongsi Kisah Pelajar ‘Intern’ Tak Reti Tulis E-mel
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Lelaki Dikecam Teruskan Niat Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Siap Ajak Beli Barang Meminang
Di platform X sekarang, tular mengenai seorang pengguna medsos yang tunjukkan timeline media sosial miliknya dipenuhi dengan video-video berahi. Oleh itu, dia menggesa Menteri Digital, Gobind Singh dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk pantau kandungan media sosial.

Malah individu tersebut juga mahukan TikTok ini diban. Bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa tindakan individu itu sebenarnya telah membuka aibnya sendiri bahkan dia telah dikecam dengan teruk lagi.

Mungkin ada yang tak faham, algorithm ini adalah berdasarkan apa yang kita like, follow atau search mengenai sesuatu topik, ia akan memberi kesan kepada timeline kita. Jadi, dalam kes video ini, faham-fahamlah.
Sumber : X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




