“Dah kaya tu kayalah” – Datuk Awie Minta Jutawan Kosmetik Jangan ‘Lacurkan’ Industri Muzik Tempatan

Entertainment
23 Aug 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, kita dapat lihat ramai yang bukan daripada industri muzik sudah mula membikin lagu mereka sendiri. Terutamanya mereka yang mempunyai perniagaan kosmetik atau produk kesihatan.

Perkara itu sememangnya menimbulkan rasa tidak puas hati buat pemain industri yang sudah lama berkecimpung dalam arena muzik, ini kerana secara tidak langsung mereka telah merendahkan seterusnya menjejaskan kualiti muzik tanah air.

image is not available

Lagenda rock tanah air, Datuk Awie antara salah seorang pemuzik yang berasa kesal dengan segelintir pengasas jenama kosmetik yang telah meninggalkan impak yang negatif kepada industri seni.

Pelantun lagu Sejati itu mengibaratkan perkara tersebut seperti ‘melacurkan’ industri muzik tanah air.

“Jangan hancurkan industri ini, kami perlukan industri ini untuk survive. Kalau tak ada lagi industri ini kami nak cari makan dekat mana sebenarnya?

Korang dah kaya, korang kayalah, kami pun tak pernah minta satu sen duit anda. Cuma kami minta jangan lacur di industri kami, itu sahaja!” katanya.

Beliau yang sudah berada dalam industri seni tempatan hampir 30 tahun itu menyatakan muzik merupakan sumber rezekinya, jika industri muzik itu sendiri telah rosak bagaimana beliau ingin meneruskan kerjayanya dan apa pula nasib pendatang baru dalam industri muzik.

Hmm, susah ye jadi anak seni ni…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.