“Dah kena angkut” – DBKL Sita Kedai Jagung Bakar ‘Viral’ Milik Warga Asing Di KLCC

4 Jul 2023 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak minggu lalu, tular keluhan netizen di media sosial tentang warga asing yang menjaja di sekitar Jalan Ampang.

Susulan daripada video yang dikongsikan di media sosial, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan pantas dengan melaksanakan Tindakan Khas Penjaja Tanpa Lesen Bukan Warganegara di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan juga Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menurut kenyataan DBKL di Facebook, 4 tindakan sita/pindah telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan dan minuman termasuk 2 peniaga pakaian terpakai.

image is not available

Selain itu, menurut hantaran berkenaan lagi, 1 notis kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam.

Dalam masa yang sama, DBKL juga telah menempatkan anggota penguatkuasa di lokasi-lokasi yang dikategorikan sebagai lokasi hotspot berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin untuk membendung aktiviti seumpamanya.

Memasuki ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan pihak DBKL tersebut selain bersetuju bahawa ianya perlu dilakukan bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan kawasan berkenaan.

image is not available

Tidak kurang juga ada antara pengguna Facebook yang meminta agar rondaan berkala dilaksanakan bagi membasmi aktiviti mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.