
Tular di media sosial sejak semalam sebuah klip video anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibelasah oleh seorang pemandu lori.
Menerusi video yang berdurasi seminit lebih itu, kelihatan anggota JPJ yang merakam video terbabit sedang mengekori lori di hadapan mereka.
Salah seorang anggota JPJ itu turut menggunakan isyarat tangan dan membunyikan siren bagi meminta pemandu lori tersebut untuk berhenti.
Tidak lama kemudian, pemandu lori memberhentikan kenderaan di sebuah kawasan parkir lalu meluru keluar ke arah anggota JPJ terbabit sebelum melepaskan tumbukan.
Artikel berkaitan: Tular Video Penunggang Motor Rempuh Anggota JPJ Sampai Cedera, Rupanya Tiada Lesen Memandu & Road Tax
Artikel berkaitan: Kelam Kabut Alih Kereta, Pemandu Lori Marah Pemandu Parkir Kenderaan Di Tepi Jalan
Video terbabit telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mengecam dan ada pula yang menyokong tindakan pemandu berkenaan.
Ada jugak netizen bangga orang tumbuk JPJ.
Jangan bodoh sangat. Kalau kita tak respect badan beruniform, negara nak jadi apa?
Ada cara lain kalau tak puas hati.
Jangan sampai anak anak belajar benda tak betul.
Tersadai dalam lokap, anak anak nak makan apa? pic.twitter.com/uXxM9ulMlr
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) January 2, 2024
Dah dikenakan hukuman
Memetik sumber Sinar Harian, lelaki yang memukul anggota JPJ itu telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Menurut Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim, kejadian itu berlaku pada 22 November lalu apabila pemandu lori enggan berhenti semasa ditahan oleh anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh,” katanya.
Lelaki terbabit yang bekerja sebagai peniaga air tebu dikenakan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000.
Sumber: X, Sinar Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

