“Dah La Tak Cantik!” – ‘Seller’ TikTok Teruk Dikecam, ‘Meroyan’ Cakap Tak Suka Peminat K-Pop

EntertainmentOpinion
10 Feb 2025 • 2:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, seorang penjual baju yang sedang melakukan siaran langsung di TikTok telah mengundang perhatian ramai, dengan kenyataannya yang menyatakan bahawa dia tidak menyukai K-Pop.

Dalam klip itu, seller tersebut berkata bahawa dia enggan menjawab soalan dari salah seorang individu yang berminat ingin membeli baju yang dijual, disebabkan gambar profil artis Korea yang dia gunakan. Katanya,

Taknak lah jawab. Saya tak suka orang K-Pop. Dah la tak cantik!

Bukan itu sahaja, wanita itu turut beberapa kali mengulangi bahawa dia tidak meminati K-Pop dan berkata bahawa dia mempunyai kuasa untuk mute atau block akaun berkenaan, dari siaran langsung tersebut.

Setakat ini, keratan dari video live itu telah meraih hampir 3 juta tontonan menerusi laman X, dengan ramai yang rata-rata mengkritiknya kerana merendahkan orang lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.