Khabar Angin IU & Lee Jongsuk Dah Berpisah Tersebar, Netizen Dakwa Ada Jumpa ‘Bukti’

EntertainmentMusic
10 Feb 2025 • 3:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah 2 tahun sejak hubungan diketahui umum, Lee Jong-suk dan IU katanya dah berpisah?

Baru-baru ini tular di laman Weibo, di mana ada seorang individu membuat spekulasi bahawa Lee Jong-suk dan IU sudah tidak lagi bersama.

Dalam hantaran yang dikongsi, netizen itu mendakwa bahawa dia telah menemui bukti tentang perpisahan mereka dengan menjelaskan,

Nampaknya IU dan Lee Jong-suk dah putus?! IU memakai cincin di jari telunjuknya, yang bermaksud orang itu bujang di Korea.

image is not available

Meraih perhatian ramai, frasa ‘IU dan Lee Jong-suk nampaknya dah berpisah’ juga sedang trending di laman Weibo kini, dengan ramai yang mempersoalkan tentang kesahihannya.

Namun setakat ini, masih belum ada pengesahan mengenai dakwaan yang dibuat dan mungkin hanya spekulasi yang dibuat netizen semata-mata.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.