“Dah Lama Dah..” – Vanidah Imran Mohon Doa, Nak Istiqamah Dalam Berhijab

25 Jun 2026 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Vanidah Imran memohon orang ramai mendoakan dirinya apabila ditanya mengenai penampilannya yang kini dilihat mula mengenakan hijab.

Menurut Vanidah, 53, keinginan untuk menutup aurat sepenuhnya memang sudah lama tersimpan dalam hati, namun dia memilih untuk melalui proses perubahan itu secara perlahan-lahan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Doakan saya kerana benda (berhijab) itu pasti berlaku. Itu usaha saya. Doa dan meminta sahaja tanpa usaha tidak akan berjalan. Jadi, kita mulakan perlahan-perlahan (untuk berhijab),” katanya.

Ditanya sejak bila dia mula mencuba memakai hijab, pelakon filem Papadom itu berkata proses tersebut sebenarnya sudah lama bermula.

Malah, Vanidah menjelaskan perkara itu juga menjadi sebab mengapa perkongsiannya di Instagram sebelum ini dilihat tidak konsisten dari segi penampilan.

View this post on Instagram

“Dah lama dah (mencuba). Sebab itu kadang-kadang awak tengok Instagram (IG) saya, sekejap saya pakai, sekejap tak. Sebab kita mencari. Istiqamah itu bukan mudah. Jadi kita latih diri,” katanya.

Dalam masa sama, Vanidah berkata dia mahu memberi keutamaan kepada perubahan dalaman terlebih dahulu bagi memastikan penghijrahan yang dilakukan kekal berpanjangan.

“Tapi kita usaha. Teruskan usaha, semoga berjaya, insya-Allah. Saya kena perbaiki diri saya, solat saya, semua itu saya perlu (perbaiki) dulu.”

“Itu ujian masing-masing, ada hikmah. Kita jangan judge (hukum) orang. (Setiap orang) ada perjalanan dia,” kongsinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neelofa2026-06-25 11:20:19

"Ada Juga Yang Kata Tak Sedap.." - Nasi Ayam Mama Tini Jadi 'Viral', Neelofa Tidak Kisah Kritikan Pembeli

The post “Dah Lama Dah..” – Vanidah Imran Mohon Doa, Nak Istiqamah Dalam Berhijab first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved