
Sedia maklum, ketika ini netizen sedang bersatu hati menyekat akaun selebriti-selebriti yang tersenarai dalam #blockout2024 susulan masih promosi produk pro Israel.
Kongsi hantaran tentang Palestin-Israel
Disebabkan itu, pelakon Puteri Sarah yang berkongsi hantaran kekejaman Israel di Instagram sehari yang lepas dituduh takut diboikot oleh beberapa netizen.
Dapat dilihat di laman Instagram aktres tersebut, dia berkongsikan poster ‘All Eyes On Rafah’ sebagai tanda sokongan untuk saudara Islam di Palestin.
View this post on Instagram
A post shared by Puteri Sarah Megat Kamaruddin (@puterisarahliyana)
Dituduh takut diboikot
Meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa netizen yang menuduh PS ‘dan-dan’ berkongsi kejadian di Palestin kerana tidak mahu menjadi salah satu artis yang diboikot.


Tidak mendiamkan diri, PS tampil membidas komen-komen warganet tersebut dengan nada sinis demi pertahankan diri yang dituduh secara tiba-tiba.


Scha Alyahya Hilang 100,000 Pengikut Di Instagram
The post “Dah Lama Post, Buta Ke?” – Puteri Sarah Dituduh ‘Dan-Dan’ Kongsi Isu Palestin Selepas Gerakan #Blockout2024 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

