“Dah lama sangat dah” – Watie Masih Belum Bayar Hutang Hana Elite Seperti Tuntutan Mahkamah

Entertainment
21 Dec 2022 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut antara Hana dan Watie Elite masih belum bertemu jalan pengakhiran apabila Hana memberitahu Watie masih belum melangsaikan hutangnya.

Menurut laporan Harian Metro, Hana Adnan yang merupakan bekas ahli kumpulan Elite itu sudah tidak mahu bertolak ansur lagi dengan pelakon, Watie Sadali atau lebih dikenali sebagai Watie Elite yang masih tidak melakukan pembayaran ansuran RM2,500 sebulan kepadanya sebagaimana perintah Mahkamah Sesyen Selayang pada tahun 2017 lalu.

image is not available

Difahamkan, Hana sudah memberikan masa lima tahun kepada Watie untuk menyelesaikan tuntutan hutang secara ansuran seperti mana sudah diperintahkan mahkamah sebelum ini.

“Sehingga kini, dia tidak pernah membayar satu sen pun kepada saya. Dia juga tidak menghubungi saya untuk kami berjumpa dan berbincang sekiranya dia tidak mampu melunaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah itu.

“Pada era teknologi serba maju sekarang, rasanya tiada alasan sukar untuk dia nak mencari saya. Selain telefon, tentu saja dia boleh mencari saya melalui media sosial. Lagipun, saya ada di Malaysia dan tidak ke mana-mana pun,” katanya.

Sebelum ini, Hana diisytiharkan muflis dan selepas bebas daripada statusnya itu sejak November lepas, dia membuka semula kes itu untuk penyelesaian undang-undang sepenuhnya di mahkamah.

image is not available

Disebabkan itu, Hana memaklumkan kes tuntutannya itu akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi, pelakon itu akan berdepan hukuman penjara.

Sebagai info, pada 10 Mac 2015, Hana telah memenangi saman yang difailkan terhadap Watie atau berhubung kegagalan pelakon itu melunaskan bayaran pinjaman bank menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.