“Dah langgar SOP” – Cara Khairul Aming Tempah Minuman Dekat Cafe Undang Perbalahan Netizen

Entertainment
15 Dec 2022 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Khairul Aming kembali menjadi perhatian apabila tips yang dikongsikan sewaktu menempah minuman dari sebuah kafe popular tular.

Minuman coklat panas yang dicampur dengan krim putar yang ditempah berasingan bersertakan roti croissant untuk jadi bahan pencicah itu menjadi tumpuan netizen.

 

Hot Choco set Khairul Aming

Dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok yang telah meraih sebanyak 1.2 juta tontonan sepanjang 2 hari ia dimuat naik itu, pempengaruh masakan ini ada kongsikan beberapa panduan untuk menempah menu seperti mana yang dipesannya.

Menurutnya, tujuan dia menempah minuman tersebut adalah untuk membuat perbandingan jika apa yang ditempahnya itu rasanya sama seperti di luar negara ataupun tidak.

@khairulaming

Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try image is not available#makanlokal #hello2023

♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist

Menjengah ke ruangan komen, ia telah menarik minat penonton dan pengikutnya untuk mencuba menu tersebut. Min sendiri bila tengok rasa terliur, sampai ada yang labelkan menu ini sebagai ‘set Khairul Aming’.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

 

Langgar SOP Barista?

Memandangkan jumlah tontonan yang begitu tinggi, video ini kemudiannya tular hingga ke Twitter dan ia menjadi pertikaian netizen.

Menurut individu tersebut, dikatakan menempah krim putar berasingan untuk minuman itu didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) barista daripada kafe tersebut.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Walaubagaimanapun, ada netizen yang dah cuba membuat tempahan yang sama seperti Khairul Aming tempah dan mereka mendakwa bahawa ianya tiada masalah.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, mungkin ini menu baru kot, ataupun sebenarnya kafe tu dah mula implement kebenaran untuk order whipped cream sahaja.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.