Dah lumpuh & tak boleh kerja, isteri Azlan Komeng sebak, suami akur jika mahu berpisah

LocalEntertainment
19 Oct 2024 • 6:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri Azlan Komeng sebak apabila mendengar luahan suaminya tentang ‘membawa haluan masing-masing’.

Menerusi temu bual bersama Astro Gempak pada Jumaat, Nur Nilam berkata dia tergamam sejurus mendengar kata-kata yang diungkapkan oleh suaminya yang juga pelakon lagak ngeri.

image is not available

Isteri Azlan Komeng sebak

Menurutnya, Azlan mungkin berkata demikian kerana terlalu banyak memikirkan perkara ke arah itu dan ia agak memberikan kesan buat dirinya sendiri.

Akui Nur Nilam, dirinya tidak mampu membayangkan apa yang bakal berlaku seandainya mereka berpisah kerana Azlan merupakan suami terbaik.

”Waktu dia (Azlan) tengok saya lap badan, dia cakap kalau nak bawa haluan masing-masing pun okay.
”Dia cakap pada saya yang dia dah lumpuh, tak boleh kerja atau menyara saya. Kita masih berkawan.
”Saya kata kalau setakat cacat tak ada hal lah… Empat tahun kita hadap macam-macam,” katanya.

image is not available

Terdahulu, pelakon Azlan Komeng dan isterinya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung dengan trak polis di Kuala Lipis, Pahang.

Disebabkan itu, Azlan telah mengalami kecederaan agak serius apabila patah tangan dan juga kedua-dua belah kaki serta pinggul manakala isterinya hanya cedera ringan.

Dalam perkembangan lain, Azlan sudah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk mencantumkan semula kulit tangannya yang terkoyak dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor.

Sumber: TikTok Gempak