“Dah macam fan meeting!” – ‘Event’ Cari Jodoh Raih Perhatian Netizen

Entertainment
14 May 2024 • 12:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau dulu segelintir pasangan dijodohkan oleh keluarga masing-masing, zaman sekarang ini ramai orang menggunakan cara dan inisiatif lain untuk mencari jodoh. Seiring dengan teknologi juga, banyak aplikasi janji temu diwujudkan bagi memudahkan orang bujang mencari pasangan hidup.

Berbeza dengan cara bertemu jodoh melalui aplikasi, ada satu cara lain digunakan oleh generasi zaman ini untuk berkenalan dengan orang baharu iaitu dengan menghadiri event janji temu secara berdepan.

Event cari jodoh, sembang depan-depan

Tular di TikTok baru-baru ini mengenai satu event janji temu yang dinamakan ‘Speed Dating’ telah berlangsung di sebuah kafe yang terletak di Kuala Lumpur. Semasa acara itu dijalankan, beberapa peserta boleh berkenalan dan berborak sesama sendiri.

Difahamkan, peserta wanita akan duduk di beberapa meja makan yang disediakan lalu peserta lelaki pula akan duduk dari satu meja ke satu meja yang lain untuk mengenali hati budi masing-masing.

image is not available

image is not available

Ada untuk umur 40-an

Bagaimanapun, video yang tular tersebut menampakkan para peserta muda yang mungkin berumur dalam lingkungan 20 sehingga 30 tahun, namun penganjur event ini turut membuka peluang bagi mereka yang berusia lebih daripada itu.

image is not available

Para peserta juga perlu membayar wang penyertaan, jadi mungkin ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan inisiatif mencari pasangan melalui aplikasi.

image is not available

Video yang dimuat naik oleh penganjur event (@pertama.kali) tersebut telah menarik perhatian netizen di media sosial. Ramai antara mereka berasa teruja dengan inisiatif ini dan berminat untuk menyertai acara tersebut.

image is not available

Menarik cara ni! Next dekat mana eh?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.