
KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil hari ini dengan video resipi nasi kukus ayam berempah yang terus ‘meletup’ di platform TikTok.
Namun seperti biasa, bukan sahaja resipi yang jadi tumpuan, malah ruangan komen turut bertukar menjadi ‘dewan kuliah’ paling kelakar.
@khairulaming Are you readyy hari ni kita nak buat projek berkumpulan pulak iaitu Nasi Kukus Ayam Berempah. Ada banyak department untuk menu ni, kita ada ayam goreng, nasi kukus, gulai dan juga sambal. So please split the tasks and work together kat rumah nanti okeh
♬ original sound – Khairulaming
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk daripada pengguna @ky67.
“tidak hadir 22/2 (ahad)” katanya.
“ahad cuti ikan”. Kata seorang pengguna @ketokitchen.bn
Seorang lagi pengguna, @azuwan mendakwa sedang “mencari group assignment”, manakala @ye saya berseloroh, “korang buat, aku present”. Tidak kurang juga @darkjahat yang mengajak, “sape nak ponteng kelas hari ni kumpul sini”.
Lebih melucukan, @haziq hashim VI berkata, “resipi baru keluar, beras dah tinggal satu… duduk belakang lak tu”, manakala @bungadangula bertanya secara kreatif, “boleh ke nak mintak size ibu jari KA, sebabnya nak ukur untuk lengkuas dan halia.”
@peruz pula menyifatkan resipi kali ini bukan biasa-biasa, malah sudah taraf “final year project”.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah meraih 1.3 juta tontonan, lebih 150,000 tanda suka, lebih 4,000 komen, lebih 30,000 simpanan dan lebih 25,000 perkongsian.
Sebelum ini, KA pernah tular apabila ramai netizen mengadu kelas masaknya terlalu laju sehingga ada yang berseloroh,
“Tak bernafas aku, laju betul sem ni.”
Untuk rekod, KA terkenal dengan siri 30 hari 30 resipi yang dikongsikan setiap kali Ramadan, khusus buat pengikut setianya. Setiap kali tibanya bulan Ramadan, beliau pasti berkongsi pelbagai menu untuk berbuka dan moreh di Facebook rasminya, Rasapop serta akaun TikTok miliknya, Khairulaming.
Nampaknya, walaupun ‘kelas’ makin laju, netizen tetap setia daftar masuk siap buat assignment sekali!


