“Orang Politik Pun Tak Ada ‘Special Treatment’” – Khairul Aming Tegas, Rembayung Hanya Terima Tempahan Awal

LocalBusiness & Finance
29 Jan 2026 • 8:26 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Nama Khairul Aming (KA) memang tak perlu diperkenalkan lagi.

Daripada sekadar kongsi video masakan di dapur rumah, kini beliau muncul antara figura usahawan digital paling berjaya di Malaysia dengan deretan produk makanan yang sentiasa ‘sold out’ setiap kali dilancarkan.

Terbaharu, KA sekali lagi mencipta langkah besar apabila membuka restoran pertamanya, Rembayung, simbol peralihan daripada dunia online ke perniagaan fizikal.

Menurut KA, projek restoran itu sebenarnya sudah dirancang secara senyap hampir setahun.

Selepas lebih 10 tahun membina jenama di media sosial, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk ‘naik level’ dan mencuba cabaran baharu dalam dunia bisnes offline pula.

Malah, pembukaan Rembayung bukan sekadar eksperimen, sebaliknya merupakan langkah pertama dalam pelan perniagaan 10 tahun akan datang.

“Orang politik nak walk-in boleh ke?”

Baru-baru ini, tular satu klip siaran langsung KA di TikTok yang mencuri perhatian ramai.

Dalam sesi tersebut, seorang netizen bertanya sama ada golongan VIP atau ahli politik boleh datang makan secara ‘walk-in’ tanpa tempahan.

Jawapan KA ringkas, tapi tegas.

Tak boleh.

Beliau menjelaskan, Rembayung hanya menerima pelanggan yang membuat tempahan awal bagi memastikan operasi restoran berjalan lancar dan semua orang dilayan secara adil.

“Tak boleh (walk-in). Kalau korang nampak orang politik masuk sekalipun, kemungkinan orang kanan atau PA dia yang buat tempahan awal. Itu saya tak boleh kawal sebab dia memang ada booking. Tapi kalau walk-in memang saya tak benarkan,” jelasnya.

“Saya nak berlaku adil…”

KA turut mengakui bukan mudah untuk berpegang pada prinsip layanan sama rata, lebih-lebih lagi apabila berdepan individu berpengaruh.

Namun baginya, keadilan tetap nombor satu.

Walaupun ada yang mungkin menganggapnya tegas, sombong atau ‘keras hati’, beliau percaya itu adalah harga yang perlu dibayar demi layanan yang adil kepada semua pelanggan.

“Saya nak berlaku adil dan ia bukan mudah. Kita akan nampak kejam, tidak berhati perut dan sombong, tetapi itu adalah harga sebuah keadilan,” katanya.

Sikap profesional dan berprinsip itulah yang membuatkan ramai terus hormat dengan cara KA mengurus bisnes.

Tiada kabel.

Tiada ‘orang dalam’.

Semua sama rata.

Pendek kata, kalau nak makan di Rembayung, kena booking dulu, tak kira siapa pun anda. – The Malaysian Update

The post “Orang Politik Pun Tak Ada ‘Special Treatment’” – Khairul Aming Tegas, Rembayung Hanya Terima Tempahan Awal appeared first on The Malaysian Update.