“Dah macam jual baju bundle” – Peniaga Buat ‘Live’ Jual Nasi Lemak, Siap Boleh ‘Lock’

Entertainment
1 Mar 2023 • 1:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkembangan teknologi hari ini memperlihatkan ramai peniaga mengambil peluang mencari pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Kalau dulu urusan jual beli perlu secara fizikal, kini semuanya boleh buat di mana-mana malah tak perlu bekerja dengan majikan pun boleh jana pendapatan.

Tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang peniaga sedang menjual nasi lemak di tepi jalan sambil membuat live.

Apa yang lebih menarik, mereka yang hadir dalam live peniaga itu boleh meminta untuk menyimpan pesanan atau lock untuk diambil kemudian nanti.

Dapat dilihat menerusi video yang dimuat naik oleh @hanaezydeals, peniaga nasi lemak itu membungkus pesanan yang dibuat oleh pembeli melalui live.

Pun begitu, nasi lemak itu hanya dijual kepada pembeli yang berada berdekatan dengan gerainya sahaja. Difahamkan, peniaga terbabit berniaga nasi lemak di sekitar kawasan perumahan Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan, Pahang.

“Nak nasi lemak telur dua nasi ayam tiga tambah satu lagi, ayam jadi empat.

“Saya dah lock dah nasinya,” kata peniaga nasi lemak itu sambil membaca komen dalam live yang dibuat olehnya.

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit memuji kesopanan penjual tersebut dan tidak percaya bahawa nasi lemak boleh dijual dalam talian secara live.

image is not available

Dalam pada itu, netizen juga berharap tiada pengguna yang menipu peniaga terbabit dengan lock pesanan tetapi tidak hadir untuk mengambil dan membayar.

Kreatif betul berniaga cara ni!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.