Dah Macam Kondo Mewah, “Another Level” Betul Lobi PPR Ni

18 Aug 2025 • 10:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dah Macam Kondo Mewah, “Another Level” Betul Lobi PPR Ni

Sejuk hati bila tengok semangat kejiranan yang masih wujud dalam masyarakat kita.

Inilah yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana apabila penduduk daripada pelbagai kaum berganding bahu menjaga kawasan kediaman mereka.

Hasilnya, PPR ini bukan sahaja selesa didiami, malah tampak eksklusif persis kondo mewah.

Bayangkan, bukan setakat ruang rumah masing-masing yang bersih dan kemas, tetapi lobi lif pun dihias indah seakan ruang tamu.

Bak kata netizen, “Ingatkan dalam rumah, rupanya depan lif!” Memang lain daripada yang lain.

“Kalaulah flat saya macam ni…”

Mungkin ramai tak percaya, tapi pemandangan di lobi Blok C, PPR Laksamana ini memang another level.

Dengan susun atur kemas, dekorasi menarik serta suasana yang bersih dan teratur, siapa pun yang pulang dari kerja pasti rasa terubat penat.

Lobi lif yang biasanya dianggap kawasan biasa-biasa di flat bertingkat, kini jadi tempat yang menyenangkan mata memandang.

Persekitaran sihat, hidup lebih bahagia

Kajian pun memang sudah menunjukkan suasana persekitaran mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal kita.

Bila kawasan tempat tinggal bersih dan ceria, penduduk pun lebih bahagia serta rasa selamat. Tak hairanlah ramai yang memuji usaha mereka.

Lebih istimewa, sempena sambutan ambang kemerdekaan, penduduk Blok C duduk semeja merancang persiapan bersama.

Macam sebuah keluarga besar, semua berganding bahu tanpa kira bangsa.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen memuji suasana harmoni yang dipamerkan oleh penduduk PPR ini.

Ramai yang berharap kawasan flat mereka juga dapat menjadi seindah itu.

“Cantiknya bersih macam dalam rumah tapi tepi tangga je… Beruntung siapa yang duduk sini…”

“Ingat dalam rumah rupanya kat depan lif. So cantik. Perpaduan pun bagus.”

“Satu big family. Rezeki dapat jiran begini.”

“Bestnya tengok semangat kejiranan masih tinggi. Kebanyakan penduduk apartment ramai buat hal sendiri je.”

“Ukhwah dalam masyarakat itu penting, tidak kira agama dan bangsa, menghormati yang membawa keharmonian dalam kehidupan.”

“Ditakdirkan hidup bersama, jagalah keharmonian semoga menjadi contoh pada yang lain.”