Dah Macam-macam Cara Buat, Bos Non-Muslim Minta Bantuan Pusat Rawatan Islam Hilangkan ‘Gangguan’

Entertainment
2 Oct 2024 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Segelintir masyarakat pada hari ini masih lagi mengamalkan rawatan alternatif bagi mengubati penyakit mistik ataupun gangguan halus yang dijangkiti.

Sebuah pusat rawatan Islam berkongsi mereka ada menerima seorang pelanggan non-Muslim yang meminta bantuan menghalau makhluk halus.

Menerusi perkongsian Pusat Rawatan Nur Zikir di TikTok, pelanggannya itu yang juga seorang bos kilang berbangsa Cina meminta bantuan mereka untuk menghilangkan gangguan mistik di sekitar kawasan parkir kilang.

Dalam video itu, kelihatan beberapa individu sedang melaungkan azan di penjuru-penjuru yang terdapat dalam parkir berkenaan.

Laungan azan yang berkumandang dari setiap penjuru kilang itu bukan sahaja bertujuan menghalau makhluk halus, tetapi juga untuk memagar kawasan tersebut.

@pusatrawatannurzikirhq

boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia

♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ – pusatrawatannurzikirHQ

Dah ikhtiar bermacam cara

Pusat rawatan terbabit diberitahu bahawa terdapat kelibat nenek tua berambut panjang yang mengganggu kawasan itu sebelum ini.

Tambahnya lagi, pelbagai cara sudah dilakukan oleh pihak kilang, namun gangguan masih tidak berhenti. Disebabkan itu, mereka cuba mendapatkan khidmat Nur Zikir.

“Selepas selesai dari team kami, gangguan itu sudah tiada. Bos Chinese itu minta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain,” katanya.

Perkongsian itu telah meraih perhatian netizen, rata-ratanya memuji pusat rawatan terbabit kerana telah membantu pelanggan itu walaupun berbeza agama.

Selain itu, ada netizen yang berkongsi perkara serupa seperti kisah di atas. Katanya, walaupun tempat kerja diketuai oleh individu bukan Muslim, namun tetap menggunakan kaedah Islam sebagai ikhtiar menghilangkan gangguan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Korang ada pengalaman macam ni juga ke?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.