‘Dah Macam Persembahan Konsert’, Suara Lunak Pelajar Dari Sabah Ini Buat Netizen Kagum

20 Dec 2022 • 1:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suara dia macam mengalahkan penyanyi asal dah!

‘Dah Macam Persembahan Konsert’, Suara Lunak Pelajar Dari Sabah Ini Buat Netizen Kagum. Memiliki suara yang lunak dan sedap didengar adalah anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada sesetengah manusia.

Pelajar ini menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai setelah video nyanyiannya di dalam bilik darjah ini telah dimuat naik di laman Tiktok dan juga Facebook.

image is not available
‘Dah Macam Persembahan Konsert’, Suara Lunak Pelajar Dari Sabah Ini Buat Netizen Kagum. Sumber: Tiktok

‘Wainaa gilalaa image is not available Goosebump! I’m amazed & impressed’ -netizen

Menerusi perkongsian di Tiktok milik @cb200715, video tersebut telah tular dan meraih sebanyak 52.3K kali tontonan dan 8.9K tanda suka. Video tersebut juga telah mendapat pujian dari netizen di seluruh Malaysia!

Menerusi perkongsian tersebut, video ini telah dirakam gurunya sendiri di salah sebuah sekolah di Penampang, Sabah iaitu di SMK Limbanak Penampang. Kelihatan pelajar dengan pemakaian t-shirt kuning dan berkolar sedang mempersembahkan lagu Sang Dewi di dalam kelas.

Lihat video di bawah:

@cb200715

my form 3 student yg sangat talented . masuk kelas saja mcm d konsert. nama dia si ivan

♬ original sound – image is not available

My form 3 student yg sangat talented image is not available. masuk kelas saja mcm d konsert. nama dia si ivan image is not available

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suara nyanyian pelajar ini memang merdu habis! Dia menyanyikan lagu ‘Sang Dewi’ dengan kelantangan suaranya juga kedengaran seperti penyanyi professional.

Tidak hanya itu, bakat pelajar tersebut bahkan turut menarik perhatian penyanyi BigStage dari Sabah iaitu Danial Chuer. Rata-rata netizen turut kagum dengan bakat nyanyian dua pelajar ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

image is not available
Sumber: Tiktok

image is not available
Sumber: Tiktok

image is not available
Sumber: Tiktok