Dah Macam Sungai Danau Kota

7 May 2024 • 9:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan banjir di Danau Kota petang tadi. - gambar media sosial

Penduduk dan penduduk di sekitar Danau Kota terpaksa berdepan banjir kilat petang tadi selepas hujan lebat melanda ibu negara.

Melalui rakaman seorang pengguna media sosial, beliau tidak berani menempuh banjir kilat berkenaan selepas mendapati paras air tinggi, dan membuat Keputusan untuk berpatah balik.

Malah, ada antara pengguna media sosial menyatakan banjir kilat berkenaan hampir separas lutut, sudah tentu boleh memasuki kenderaan.

Menurut penduduk, ia situasi biasa melanda sekitar Danau Kota, terutama berdekatan dengan Uptown yang dinaiki air walaupun hujan tidak selebat tengah hari tadi. – Getaran, 7 Mei 2024

@getaranmy Danau Kota naik air, banjir kilat petang tadi. Harap-harap semuanya selamat. Hati-hati semua, cuaca tak menentu. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran