
Geli geleman rasanya apabila menonton video yang tengah tular sekarang ini, boleh juga jadi was-was kalau nak membeli lemang yang dijual di tepi jalan sebab tak tahu sama ada ia dijaga dan dipantau dengan elok atau tidak.
Seorang pembeli lemang menemui seekor katak yang dah mati di dalam lemang yang dibelinya, lebih memualkan lagi, dia temui katak tersebut ketika lemang yang dibeli itu hampir habis dimakan.
Artikel berkaitan : Wanita Kongsi Rasa Kecewa Lepas Cuba Bantu Peniaga Lemang ‘Sendu’, Rupa-Rupanya…
Artikel berkaitan : “Hentak je” – Individu Ini Kongsi Cara Mudah Buka Buluh Lemang, Tak Payah Guna Pisau Pun!
Jelasnya kes ini sudah acap kali dia dengar dan dia baru ‘terkena’ pada tahun ini. Menurut individu ini, dia membeli lemang tersebut di sebuah gerai yang bertempat di Perak.
Individu ini turut menjelaskan bahawa tujuan dia membuat hantaran ini adalah sebagai tanda teguran kepada peniaga untuk lebih peka ketika membakar lemang.
Kalau korang perhatikan video di bawah memang terkedu bila tengok katak tu, besar weh!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut apabila melihatnya dan ada juga juga yang menjelaskan punca bagaimana kes-kes katak di dalam lemang ini terjadi.

Mungkin ia satu insiden yang tidak disengajakan, apapun harap lepas ni dapatlah lebih peka dan hati-hati dengan keadaan sekeliling serta buat periksa sebelum berlakunya insiden sebegini.
Sumber : Facebook
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



