Pelakon Abby Abadi memilih untuk tidak membawa isu tuntutan hak terhadap bekas suaminya, Norman Hakim ke mahkamah meskipun ramai netizen menggesanya berbuat demikian.
Menerusi ruangan komen di Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, berkata dia enggan melalui proses perundangan kerana tidak sanggup berulang-alik ke mahkamah dalam tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, Abby menegaskan keputusannya untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bukan bermakna dia merelakan segala yang berlaku.
“Saya malas untuk naik dan turun mahkamah. Bertahun-tahun. Saya tidak kuasa.
“Tidak mengapa, saya tak halalkan. Mahkamah Allah kan ada.”
Sebelum ini, segelintir netizen menyuarakan sokongan agar Abby memfailkan tuntutan nafkah tertunggak serta mengambil tindakan saman malu terhadap Norman susulan konflik yang kembali hangat diperkatakan.
View this post on Instagram
Terdahulu, hubungan Abby dan Norman menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu membuat beberapa pendedahan terbuka di media sosial berkaitan isu keluarga dan tanggungjawab.
Ramai netizen berpendapat luahan tersebut menunjukkan Abby sudah lama memendam perasaan terhadap apa yang dilaluinya.
Sehingga kini, Norman masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kemelut yang berlaku antara mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Punya Jahat Mulut Anak Saudara Norman Hakim Ni" - Abby Abadi Berang Ahli Keluarga 'Jauh' Masuk Campur Isu Keluarga
The post “Dah Malas, Saya Tidak Akan Halalkan” – Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





