”Dah mcm Mr Bean” – Bawa Sofa Letak Atas Bumbung, Myvi Ini Dapat Perhatian Orang Ramai

Entertainment
14 Jan 2024 • 1:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Perodua Myvi adalah kenderaan yang sangat ikonik dengan rakyat Malaysia.

Selain daripada menjadi medium pengangkutan utama pemiliknya, Myvi juga diberi gelaran King of The Road dek kerana kebolehannya dan pengelibatan dalam sesuatu situasi atau perkara yang pelik dan aneh.

Terbaharu yang tular di sosial media, sebuah kereta Myvi didapati telah membawa sofa di atas bumbungnya. Memang agak aneh, tapi apa yang Myvi tak boleh buat kan? Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @utusantvofficial di bawah.

@utusantvofficial

Mungkin masa jurutera reka Myvi dia memang dah mengambil kira untuk bawa sofa . Kredit Owner #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #myvi #king

♬ الصوت الأصلي – مضحك كويز

Dah macam Mr Bean

Rata-rata netizen yang melihat video itu terhibur dengan gelagat Myvi merah tersebut. Ada juga yang kagum dengan kebolehan Myvi untuk melakukan apa sahaja, dan tak kurang juga menjadikannya bahan jenaka.

image is not availableMin pun teringat Mr Bean bila tengok video ni. Nasib baik driver tak duduk atas sofa atas kereta tu je sambil tekan pedal minyak guna penyapu. Kalau tak, memang macam Mr Bean habis.

image is not availablePandai berjimat dari kena sewa lori. Harapnya lokasi pemindahan sofa tu tak lah jauh sangat. Bukan apa, risau gak min tengok kalau jadi apa-apa dengan pengguna jalan raya lain kan.

image is not availableMyvi kot. Gelaran King of The Road tu bukan sesaja tau. Sebab dia boleh pakai untuk buat apa saja lah diberikan gelaran tu. Tahniah Myvi dah boleh ganti lori untuk alih pindah sofa.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article