
Nama bekas isteri kepada Shuk Sahar, Rossa Sera tiba-tiba hangat diperkatakan selepas dia didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga orang.
Dalam dakwaan yang tersebar, isteri sah dikatakan telah bersemuka dengan Rossa Sera dan Rossa Sera memberi jaminan tidak akan mengganggu lelaki itu lagi.
Namun, jaminan diberikan didakwa hanya palsu apabila Rossa Sera masih berhubung dengan suaminya senyap-senyap.
Di aplikasi X, seorang individu mendedahkan si isteri sudah menfailkan penceraian di mahkamah dan kini proses penceraian sedang berjalan.

Dakwanya lagi, bekas isteri Shuk Sahar telah menyekat (block) seluruh ahli keluarga si isteri demi untuk menutup kesalahan yang dibuatnya.
Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan yang dibuat. Rossa Sera juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri.
Kredit: X @meinmokhtar

