Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga orang hingga naik turun mahkamah

Entertainment
3 Apr 2024 • 12:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga

Bekas isteri, Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga orang hingga naik turun mahkamah apabila ada satu confession di aplikasi X yang mengatakan wanita terbabit menjadi ‘penyondol’.

Luahan dari kenalan pihak isteri

Menerusi luahan yang diperoleh dari ciapan X meinmokhtar, individu yang mengenali isteri kepada lelaki yang ‘disondol’ Sera mengatakan kakak kepada tunangnya itu hampir bercerai dengan suami apabila sudah ke mahkamah untuk menguruskan perpisahan mereka.

image is not available

Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga orang, sekat semua ahli keluarga lelaki

Tambah perkongsian tersebut, Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah juga dikatakan telah menyekat seluruh ahli keluarga lelaki terbabit bagi menutupi kesalahannya.

“Dia sekarang penyondol. Suami kakak kepada tunang aku. Sekarang ni dia block semua family kakak aku tu sebab nak tutup kesalahan dia. Kesian kakak aku Mein, dah naik turun mahkamah sebab nak cerai,” tulisnya.

image is not available

Walau bagaimanapun, kesahihan Rossa Sera didakwa ganggu rumah tangga orang masih belum dapat dipastikan kerana sampai ke hari ini wanita itu masih lagi mengunci mulut berhubung tuduhan berkenaan.

Terdahulu, tular beberapa perkongsian di Insta Story mendakwa bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu menggangu suami orang.

Dia juga dikatakan sudah berdepan dengan isteri kepada lelaki terbabit dan berjanji tidak akan menggangu lagi rumah tangga mereka namun dia tidak menunaikan apa yang diperkatakan itu.

Sumber: X meinmokhtar