“Dah nampak dekat logo” – Lelaki Pertahankan Owner Kedai Nasi Kandar Tak Halal, Ini Sebabnya…

Food
31 Oct 2023 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam dunia ni, memang banyak makanan yang sedap untuk kita makan. Namun bagi umat Islam, sesetengah makanan yang mengandungi unsur haram adalah dilarang untuk dijamu. Walaupun begitu, tidak semestinya sesuatu makanan itu hanya dikhaskan kepada satu bangsa sahaja.

Baru-baru ni, sebuah kedai jadi viral kerana menjual nasi kandar yang mempunyai lauk khinzir. Disebabkan ni, ia raih pelbagai reaksi netizen yang mengatakan hidangan berasal dari Pulau Pinang itu mesti halal. Akan tetapi, seorang lelaki telah tampil mempertahankan owner kedai itu dengan menyatakan sebab-sebab peniaga tu tak bersalah dalam hal ni.

Katanya, dalam logo sudah pun dinyatakan bahawa restoran itu tak halal serta ada gambar khinzir lagi.

image is not available

 

“Restoran itu tidak halal seperti yang dinyatakan dan logonya adalah babi hutan”

Dia juga tidak bersetuju dengan sesetengah netizen yang memberi komen yang buruk mengenai restoran itu di Google.

“Ulasan di Google sangat penting pada masa kini. Kenapa mensasarkan perniagaan kecil seperti ini?”

Katanya lagi, tiada paksaan yang dikenakan kepada setiap orang untuk makan daging khinzir itu. Tambahnya lagi, dia selalu melawat perniagaan lama tuan kedai di Alam Megah. Tetapi, business itu telah ditutup lalu peniaga itu ambil keputusan untuk buka kedai baru ni.

“Perniagaan mereka baru-baru ini telah ditutup lalu mereka (peniaga) membuka gerai nasi lemak dan nasi kandar yang baru ni. Nampak macam orang baik yang suka makanan.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai menyatakan pendapat yang sama seperti lelaki ini serta back up peniaga kedai makanan itu.

image is not available

Apa-apa pun korang jangan besarkan hal-hal kecil yang memang tak ada salahnya. Ingat tau!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article