“Dah ‘Report’ Polis Dari Tahun Lepas” – Lelaki Ugut Bunuh Jiran Lepas Kantoi Suka Hendap & Curi Seluar Dalam Ibu

3 Nov 2022 • 2:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mendedahkan dia terpaksa ponteng sekolah selama 3 minggu kerana bimbang dengan keselamatan selepas menerima ugutan daripada jiran.

Jelas remaja itu, ia bermula apabila seluar dalam ibunya kerap hilang namun keluarga menyangka wanita berkenaan pelupa dan tidak meletakkan pakaian di tempat sesuai.

Namun, mereka kemudian menyedari bahawa ia adalah angkara jiran lelakinya yang mencuri seluar dalam wanita dijemur di ampaian.

image is not available

Bukan itu sahaja, kata remaja berkenaan jiran lelakinya berusia 40-an itu juga gemar menghendap dan perkara tersebut disedari keluarganya sejak setahun yang lalu.

Mereka malah pernah memaklumkan perkara itu kepada keluarga jiran terbabit namun dia tidak berhenti di situ sebaliknya bertindak lebih berani mengulangi perbuatannya.

Remaja itu juga malah pernah dihendap lelaki tersebut ketika berseorangan di rumah selain bertindak agresif dengan sengaja membaling sisa jubin dan batu ke rumah mereka.

image is not available

Tambahnya lagi, jiran terbabit turut membuat ugutan bunuh serta mengancam keselamatan ahli keluarganya selepas tindakannya mencuri seluar dalam ditegur.

Tak sangka jiran sanggup ugut bunuh, selain kerap mengancam keselamatan ahli keluarga selepas ditegur mencuri seluar dalam wanita. Lebih membimbangkan, lelaki berkenaan mengugut mahu memukul dan membunuh.”

Difahamkan, mereka pernah membuat laporan polis sejak April tahun lepas di Balai Polis Majidee dan keluarganya sudah pun membuat laporan susulan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek telah berjaya ditahan dan direman selama empat hari mulai semalam hingga 5 November.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

image is not available 5 bulan lalu

(VIDEO) "Seram..." - Tak Perasan CCTV, Lelaki Kantoi Curi Baju Dalam Wanita Di Ampaian