Dah Sakan Buat ‘Thread’ Kisah Dibuli, Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Nak Berbaik

Entertainment
19 Mar 2023 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh di platform Twitter apabila seorang individu wanita mendedahkan dirinya dibuli oleh pelakon wanita terkenal, Uqasha Senrose sewaktu sekolah bersama pada 15 tahun yang lalu.

Setelah mengetahui diri dituduh sebagai pembuli, Uqasha tampil bersuara dan telah menyerahkan segalanya kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut terhadap individu tersebut kerana ia merupakan satu fitnah.

image is not available

Tindakan individu wanita tersebut sememangnya memberi kesan yang dalam buat pelakon tersebut dan telah menjatuhkan maruahnya dengan tuduhan tidak berasas.

Bagaimanapun, terbaharu, individu terbabit secara tiba-tiba memuat naik satu ciapan di Twitter mahu menamatkan isu yang dibangkitkan olehnya itu.

image is not available

Difahamkan dari tweet individu tersebut, Uqasha sudah pun berubah dan mahu aktres tersebut membuktikan dirinya benar-benar bukan seperti dahulu.

Balas Uqasha, dia tidak mahu melayan ‘drama’ ini tetapi maruah sudah tercalar dengan fitnah tersebut dan memberitahu pihak berkuasa akan siasat semua tweet yang sudah ditulis oleh individu itu sebelum ini.

image is not available

image is not available 4 hari lalu

"Dia Buli Mentally & S*xual A*sult Saya" - Individu Dedah Pelakon Wanita Popular Yang Sedang Viral 'Kaki Buli'?