
Dah Sampai Belanda, Pesawat Dari UK Terpaksa Berpusing-pusing Gara-gara Ada Penumpang Dalam Tandas
Sebuah pesawat penumpang British Airways, BA438 terpaksa membuat beberapa pusingan sebelum mendarat di Amsterdam apabila seorang dari penumpangannya berada di dalam tandas. Airbus A319 sedang melakukan penerbangan dari London Heathrow ke Amsterdam pada 3 Ogos 2022.
Juruterbang terpaksa melakukan gerakan berpusing-pusing sebelum mendaratkan pesawat kerana mereka dimaklumkan terdapat seorang penumpang berada di dalam tandas semasa kapal terbang itu sudah hampir sampai ke destinasi.
Go-around of flight BA 438 from LHR to AMS on August 3 2022. Reason: passenger was on the toilet on short final. #britishairways @airlivenet pic.twitter.com/7m26Jj6dHw
— QV (@QVAlfa33) August 4, 2022
Kebanyakan penumpang syarikat penerbangan mematuhi peraturan bahawa anda perlu memakai tali pinggang keselamatan semasa berlepas dan mendarat.
Namun begitu sesetengah penumpang mungkin tidak melihat kepentingan memakai tali pinggang keselamatan di dalam kapal terbang.
Pemakaian tali pinggang keselamatan penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu melakukan pendaratan atau berlepas.
Krew penerbangan akan menyalakan isyarat tanda tali pinggang keselamatan apabila berlaku kecemasan terutamanya sewaktu keadaan cuaca yang tidak baik atau mengalami masalah mekanikal. Kadangkala kejadian ini boleh berlaku tanpa sebarang amaran.
Maka, tak hairanlah ada yang memberi saranan supaya penumpang memakai tali pinggang keselamatan sepanjang berada di dalam pesawat.
Pada Julai 2010 penerbangan United yang terbang dari Washington , D.C., ke Los Angels mengalami gegaran yang kuat di Kansas dan memaksa pendaratan cemas dilakukan di Denver.
Sumber: AirLive
The post Dah Sampai Belanda, Pesawat Dari UK Terpaksa Berpusing-pusing Gara-gara Ada Penumpang Dalam Tandas appeared first on Siakap Keli.

