Mampu Terbang Hingga 60,000 Kaki, Pesawat Penumpang Terpantas Di Dunia Bakal Dilancarkan

26 Jul 2022 • 5:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mampu Terbang Hingga 60,000 Kaki, Pesawat Penumpang Terpantas Di Dunia Bakal Dilancarkan

Sebuah pesawat penumpang terpantas di dunia dijangka bakal dikeluarkan pada tahun 2024.

Menurut portal Mirror, penumpang tidak lama lagi akan dapat menikmati penerbangan terpantas dari London ke New York yang hanya akan memakan masa selama 3 jam setengah sahaja.

Boom Supersonic telah memperkenalkan reka bentuk terbaharu pesawat Overture mereka yang akan dilancarkan pada tahun 2025 dan dijangka bakal menyambut penumpang menjelang 2029.

image is not available

Pesawat yang mampu menampung seramai 65-80 penumpang itu akan diterbangkan pada kelajuan Mach 1.7 dan disasarkan menggunakan 100% bahan api penerbangan yang mampan.

Melalui sebuah kenyataan, syarikat itu dikatakan akan memulakan pengeluaran pada tahun 2024.

image is not available

Namun, sesetengah individu masih tidak arif dengan perbezaan di antara penerbangan supersonik dan penerbangan biasa.

Justeru, Boom Supersonic menjelaskan bahawa, pesawat supersonik ini memiliki kemampuan untuk terbang lebih tinggi hingga mencecah 60,000 kaki berbanding pesawat sedia ada.

“Pada ketinggian ini, para penumpang dapat menikmati penerbangan yang lebih lancar. Mereka bahkan dapat melihat kegelapan angkasa dan lengkungan bumi.

“Penumpang juga tidak akan mendengar atau merasakan apa-apa gelora sekiranya pesawat memecah kelajuan bunyi,” ujar jurucakap syarikat.

Pesawat itu menggunakan reka bentuk pintar termasuk empat enjin sayap, dan ‘sayap camar’ yang dicipta khusus untuk meningkatkan prestasi supersonik.

image is not available

Syarikat itu mendakwa bahawa pesawat supersoniknya akan mempunyai sistem pengurangan hingar automatik pertama di dunia.

Hal ini bermakna, para penumpang dapat menikmati pengalaman yang lebih senyap ketika berlepas mahupun mendarat.

Syarikat itu kini sedang membina Iron Bird, yang merupakan kemudahan ujian seluas 70,000 kaki persegi di Colorado, Amerika Syarikat.

Ia juga dilaporkan akan menjadi rumah kepada model ujian skala penuh pertama, serta simulator dek penerbangan.

Matlamat utama syarikat itu adalah untuk menyediakan segala-galanya menjelang tahun 2026, apabila penerbangan pertama dijangka berlaku.

Sumber: Mirror