“Dah ‘sedekah’ kat korang, apa lagi korang nak” – Puteri Sarah Sindir Siapa Tu?

Entertainment
10 Jul 2023 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kenyataan daripada pelakon Puteri Sarah Liyana dalam satu sesi live di TikTok telah mengundang persoalan netizen, ia seperti satu sindiran untuk ditujukan kepada satu pihak yang dilihat seperti masih tidak puas hati dengannya.

Dalam keratan video berdurasi 1 minit 19 saat yang dikongsikan semula oleh netizen itu, Puteri Sarah mempersoalkan sikap segelintir pihak yang masih tak puas hati dengannya walaupun ‘isu’ dah selesai.

image is not available

Ia bermula apabila Puteri Sarah ada membaca komen netizen yang menegur dirinya agar tidak memfitnah orang, bahkan netizen tersebut menggesa Puteri Sarah untuk menjaga aib sendiri.

Kemudian, dia ada membaca komen yang mengatakan bahawa ada orang lain cakap bukan-bukan pasal dirinya. Dengan nada yang begitu tegas tapi tenang, Puteri Sarah mengatakan bahawa dia tahu siapa gerangan tersebut.

“Kalau ada orang cakap bukan-bukan pasal Sarah tu, kita dah tahu siapa, kan? Kita tak payah layan orang-orang macam tu sebabnya kita dah bagi apa yang dia nak, kita pun dah move on, kita pun dah tak kisah apa yang jadi dekat sana, dah ‘sedekah’ kat korang, apa lagi yang korang nak?.”

image is not available

Puteri Sarah turut mempersoalkan kepada pihak tersebut berkenaan dengan rasa tidak puas hati dengannya sedangkan dia dah bagi ‘sedekah’ dekat pihak tersebut.

“Dah bagi pun masih menyalak lagi, maknanya tak tenanglah, sampai I dah ada kat Indonesia, korang nak apa lagi?” katanya sambil tergelak sinis.

Untuk rujukan, pada Jun lepas, Syamsul Yusof akhirnya melafazkan cerai talak satu kepada Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hurm, korang rasa dia cakap pasal apa eh? Sedekah? Hurmm, tak faham lah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.