Dah Siap “Edit”, Sofyank Kongsi Video Terbaru Dalam “Harddisk” Yang Hilang Di Singapura

Entertainment
31 May 2023 • 11:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dah Siap “Edit”, Sofyank Kongsi Video Terbaru Dalam “Harddisk” Yang Hilang Di Singapura

Pereka kandungan digital terkenal tanah air, Sofyank pada hari ini telah berkongsikan sebuah video terbaru yang dikatakan salah satu content yang terdapat dalam ‘harddisk‘ yang hilang tempoh hari.

Video berdurasi 1 minit 28 saat itu merupakan rakaman video kesan khas yang dibuat untuk produk G-Shock G-B001 dan telah dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

“Ini salah satu video yang ada dalam harddisk yang hilang tempoh hari. Video effect kami buat khas untuk G-Shock G-B001, hasil collaboration bersama @mshaffuan,” tulis kapsyen muat naik videot terbaru tersebut.

image is not available
Kredit TikTok

Harddisk itu dipercayai berada dalam beg miliknya yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu sewaktu berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Terdahulu, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank memaklumkan bahawa beliau telah kehilangan begnya di Lapangan Terbang Changi Singapura.

Berdasarkan muat naik ciapan Sofyank di Twitter, beg tersebut mengandungi barangan penting termasuk hasil video kreatif yang belum diterbitkan.

Menurut Sofyank, mungkin terdapat individu yang terambil beg jenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.

Jelasnya, menerusi AirTag yang dihubungkan ke telefon pintarnya, beg itu dikesan berada di lokasi yang sama. Namun sehingga jam 6 pagi tadi, beg itu masih belum dijumpai.

“Pengesanan tersebut berhenti pada jam 6 pagi. Saya percaya orang itu sedang dalam penerbangan ke tempat lain.

“Saya akan mendapatkan kembali lokasi langsung setelah beg mendarat dan AirTag menerima liputan daripada peranti iOS yang berdekatan.

Peluang untuk dapatkan kembali beg rendah

“Rasanya, peluang untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan adalah terlalu rendah,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat lalu.

Namun begitu, Sofyank dalam ciapannya yang terbaru meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan kembali begnya itu.

Dia juga turut berterima kasih kepada kakitangan staf lapangan terbang antarabangsa Clark serta kepada orang ramai yang membantunya berkongsikan berkenaan kehilangan tersebut.

@sofyank96

Ini salah satu video yang ada dalam harddisk yang hilang tempoh hari. Video effect kami buat khas untuk G-Shock G-B001, hasil collaboration bersama @mshaffuan – harap korang suka

♬ original sound – Sofyank96 – Sofyank96

Sumber: TikTok via @sofyank96