
Sebagai anak, melihat ibu sendiri jatuh sakit pun buatkan kita rasa sebak, inikan pula apabila yang dah pergi selamanya. Ia adalah satu perpisahan paling perit dalam hidup kita, pastinya kita sebagai anak turut rasa sebak apabila melihat video ini.
Kalau diperhatikan video di bawah si anak menjamah masakan terakhir arwah ibunya dengan penuh berhati-hati untuk menikmatinya buat kali terakhir. Dapat dilihat wanita tersebut tidak dapat menahan air mata setelah ditegur “kau nangis kenapa?”
“Hari Jumaat lauk terakhir mak masak, lauk tengah hari terakhir.”
@boi_masam AL-#fatihah BUAT MAK SAYA NORIZAN BINTI BAHARI JUMAAT(27/05/2023 ) PASNI TAK DAPAT RASA AIR TANGAN MAK RINDUU TIADA PENGHUJUNG #airmataibu #Alfatihah
Menurut pemilik video, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat 27 Mei lepas, biarpun tidak menceritakan maklumat secara lanjut mengenai kematian arwah ibunya, ramai netizen sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila melihat reaksi wanita ini.
Lebih sebak lagi, pemilik video ada menasihati dan mmemohon orang ramai yang masih ada ibu di sisi untuk sentiasa rajin menjenguknya.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada Norizan Binti Bahari, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


