Dah ‘Slowtalk’ Tapi Tak Lut, Azhar Sulaiman Penat Nasihatkan Anak Gadis

22 Aug 2022 • 4:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tak kenal dengan anak gadis pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering dikaitkan dengan isu berpakaian seksi.

Nama baik bapanya Azhar Sulaiman sudah tentu terpalit sama apabila ada yang menganggap Leona tidak dididik atau dinasihati dengan betul.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon ini berkongsi perbualannya bersama Aida Aris yang bertanyakan mengenai anaknya.

Menurut pelakon popular 90an ini, dia sebenarnya sudah banyak kali ‘slowtalk’ dengan Leona tetapi semuanya tidak ‘lut’. Malah semakin dinasihati semakin menjadi-jadi pula.

Aida memberi cadangan supaya Azhar menggunakan skil lakonan hebatnya untuk memujuk anak gadisnya itu namun Azhar merasakan cadangan itu tidak akan menjadi.

Menjengah di ruangan komen, para pengikut memohon Azhar sentiasa berdoa semoga anak berubah ke arah kebaikan. Katanya meskipun anak tidak mempedulikan nasihat, suatu hari nanti anak akan matang dan berfikir dengan betul.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.