“Makin Cakap Makin Menjadi” – Azhar Sulaiman Dedah Leona ‘Tak Makan Saman’

22 Aug 2022 • 4:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasti ramai yang mengetahui tentang anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang sering terpalit dengan kontroversi dan menjadi perhatian di media sosial oleh kerana cara pemakaiannya yang terlalu seksi.

Baru-baru ini, Azhar telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya dan mengakui sudah penat menasihati anaknya itu.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon itu telah mendedahkan perkara itu dalam satu perbualan bersama pelakon, Aida Aris.

image is not available

Famous betul anak you ya… Yaa dah hari-hari dia buat saya panas bontot.

Malah, Aida turut menasihatkan Azhar supaya cuba untuk berbincang baik-baik dengan anaknya itu agar dia lebih menjaga batas diri.

Dah tapi tak lut… Makin cakap makin menjadi.

Tidak berputus asa, Aida turut menyarankan Azhar untuk menggunakan bakatnya sebagai seorang pelakon untuk memujuk dan melembutkan hati Leona.

Hmm mana mahunya kang dia cakap balik ”are you acting with me now?”. Penat!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Kalau Orang Lain Pasti Akan Saman You" - Tuduh Leona Ada 'Skandal' Dengan Suami Orang, Azhar Sulaiman Titip Pesanan