“Dah tak ada hijab” – Cuak Nampak Roadblock JPJ, Lelaki Ini Kelam-kabut Cabut Tinted Gelap

Entertainment
19 Jun 2022 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengeluarkan garis panduan berkenaan penggunaan cermin gelap kenderaan kepada umum. Peratusan gelap sepenuhnya hanya dibenarkan kepada cermin sisi bahagian belakang, manakala untuk cermin sisi bahagian depan, hanya peratusan tertentu yang dibenarkan.

Cakap pasal tinted gelap ni, korang mesti risau kalau nampak roadblock JPJ bila tengah memandu kan. Ya lah sebab kita tak tahu dia nak periksa apa, tapi kalau tinted kereta ikut spesifikasi JPJ, jangan takut lah. Kalau takut, jadi kelam-kabut macam lelaki dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok nashnina ini.

Dah tak ada hijab

Aduh, kelakar sampai sakit perut min tengok abang kita dalam video tu kelam-kabut cabut tinted.

image is not available

Kalau tinted yang pasang sendiri murah-murah takpa nak cabut macam ni. Kena tinted yang pasang kat kedai sampai seribu lebih tu mau nangis.

image is not available

Hijab kereta terbuka dan terus jadi akuarium. Lebih baik akuarium daripada kena saman sebenarnya.

image is not available

Betul, kadang-kadang kita tak tahu operasi apa yang JPJ tengah buat sampai kena ada roadblock. Rupanya check benda lain, tinted dia bagi lepas je.

image is not available

Nampak gaya macam dah pernah buat banyak kali. Itu pasal laju je koyak. Sambil drive pulak tu.

image is not available

Kalau dah dapat notis arahan untuk periksa habis sekali benda lain yang kita tak risau pun sangkut. Mungkin abang kita dalam video tu berpegang kepada prinsip ‘better save than sorry’.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article