Dah tu je yang famous – Netizen Terbahak Tengok Ara Johari Kenakan Penonton Melatah

Entertainment
3 Oct 2022 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di media sosial sekarang tengah tular satu video reaksi spontan daripada seorang peminat melatah ketika menyaksikan showcase solo Ara Johari.

Video yang dikongsikan menerusi saluran YouTube Budiey Channel itu tular di TikTok sehingga meraih lebih sejuta jumlah tontonan dalam masa sehari dan lebih 2,200 jumlah retweets di Twitter.

 

Peminat melatah

Dalam video berdurasi 4 minit 51 itu, dilihat penyanyi yang terkenal menerusi lagu Bunga itu berinterasi dengan seorang wanita yang duduk di bahagian penonton, Ara kelihatan begitu terhibur bersama dengan penonton lain ketika melihat telatah wanita itu melatah.

Malah, wanita itu tersasul menyanyikan lagu Wany Hasrita ketika meminta wanita itu menyanyikan salah satu lagunya yang berjudul Racun Hati kerana tidak akan menyanyikan lagu tersebut.

image is not available

Bagaimanapun, ketika menyanyikan lagu sebenar, suara wanita tersebut sangat merdu dan Ara sendiri kelihatan kagum dengan kelunakan suaranya sebelum melatah semula.

 

Ketika masih melatah, Ara ada bertanyakan bahawa wanita itu memilih dirinya atau Wany Hasrita dan wanita itu dengan spontan menjawab nama penyanyi Terlalu Memuja itu.

Semasa Ara mengumumkan rehat sebentar selama 10 minit untuk salin pakaian, Ara ada tanyakan kepada wanita itu lagi lagu yang bakal dinyanyikan dan memberi hint bahawa ia adalah lagu-lagu hitnya.

Namun apa yang membuatkan penonton berdekah adalah, latahan wanita spontan mengatakan bahawa,

“Dah tu je yang famous.”

image is not available

Video penuh

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat telatah wanita tersebut, rata-rata tak kering gusi apabila menonton video tersebut.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Aduhai, meriah betul suasana kalau ada orang-orang macam ni. Min sendiri tergelak bila tengok.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.