“Dah Tua Tak Payah Kot Berlakon Macam Ni, Geli” – Rosyam Nor Respon Lakonan Dalam Drama Terbaru Dikecam Ramai

Entertainment
18 Jun 2026 • 4:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon versatil, Rosyam Nor menjelaskan bahawa watak lelaki yang dibencikan ramai dalam drama Jiwa Seorang Pentaksub hanyalah karakter lakonannya dan bukan dirinya yang sebenar.

Menerusi drama bersiri siaran TV3 itu, Rosyam membawakan watak Datuk Firzan, seorang lelaki berpengaruh yang sanggup mengejar dan mengahwini Diana lakonan Sophia AlBarakbah, yang juga merupakan kekasih anaknya sendiri.

Advertisement
View this post on Instagram

“Lelaki gatal yang buat orang geli itu Firzan, bukan Rosyam Nor,” katanya.

Menurut Rosyam, watak Firzan merupakan seorang lelaki yang terlalu taksub sehingga sanggup memanipulasi keadaan demi mendapatkan wanita yang diingininya.

“Firzan tak perlu ketap bibir untuk buat orang geli atau menyampah, cukup dengan ‘body language’ serta desakan terhadap Diana terutama selepas mengahwininya.”

“Paling ikonik mungkin ketika babak malam pertama waktu mereka berada dalam bilik pengantin. Rasanya cukup dengan tolak Diana kita sudah tahu tahap jijiknya lelaki itu,” katanya kepada HibGlam.

Rosyam berkata, jika dibandingkan dengan drama Keluarga Itu yang pernah dilakonkannya sebelum ini, dia percaya penonton akan lebih membenci karakter Firzan.

Mengulas mengenai kecaman netizen yang mengaitkan dirinya dengan watak tersebut, Rosyam mengakui dia menerima segala komen yang diberikan dengan hati terbuka.

“Itu bermakna orang tengok, orang hayati serta orang ambil di sebalik kisah itu sebagai pengajaran. Kita bukan nak didik masyarakat meniru perkara buruk, tapi ambil iktibar.”

“Kalau sampai dibenci itu juga bermaksud lakonan kita sampai ke hati,” katanya.

Terdahulu, drama Jiwa Seorang Pentaksub hangat diperkatakan dalam media sosial apabila watak Datuk Firzan yang dibawa Rosyam mencetuskan pelbagai reaksi dan kecaman daripada penonton kerana sikap manipulatif serta obses terhadap kekasih anak sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Dah Tua Tak Payah Kot Berlakon Macam Ni, Geli” – Rosyam Nor Respon Lakonan Dalam Drama Terbaru Dikecam Ramai2026-06-18 14:58:19

"Kalau Masih 'Hot', Cantik, Ada Harapan Lagi" - Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh

The post “Dah Tua Tak Payah Kot Berlakon Macam Ni, Geli” – Rosyam Nor Respon Lakonan Dalam Drama Terbaru Dikecam Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved