“Dah Tukar Konsep Ke?”, Netizen Persoal Kenapa Gegar Vaganza Tampilkan Shila Amzah, Jaclyn Victor Dan Tomok Sebagai Peserta

EntertainmentMusic
7 Sep 2022 • 1:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Rancangan realiti popular terbitan Astro, Gegar Vaganza kini kembali dengan 13 penyanyi hebat bakal berentap bagi merebut gelaran juara untuk musim yang ke-9.

Untuk musim yang ke-9 kali ini, program tersebut menampilkan enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu artis berkumpulan. Bintang penyanyi solo lelaki terdiri daripada Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Bob Yusof, Tomok dan Asheed.

Manakala bagi bintang wanita pula ialah Dina Nadzir, Pat Candy, Tom, Haida Hasnan, Jaclyn Victor dan Shila Amzah dengan VE sebagai satu-satunya peserta berkumpulan.

Shila, Jaclyn dan Tomok pun bertanding?

Dalam pada itu, penglibatan artis seperti Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Tomok mendapat perhatian ramai netizen yang mempersoalkan penyertaan mereka sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza.

Ini kerana, rata-rata netizen mengatakan bahawa konsep program realiti tersebut pada asalnya ialah untuk mengetengahkan penyanyi lama atau berpengalaman dalam industri muzik tempatan.

Kalau macam ni, tahu dah siapa pemenangnya

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan penglibatan tiga artis berikut sambil menjangkakan mereka akan mendapat tempat tiga yang terbaik.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok astrogempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media