Dahlia Rizal Tahu Tentang Kewajipan Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat Di Usia 15 Tahun - “Saya Sedih Sebab…”

17 Jun 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Dahlia Rizal mendedahkan dia hanya mengetahui tentang kewajipan membaca surah Al-Fatihah ketika mendirikan solat ketika usianya 15 tahun.

Surah Al-Fatihah

Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal berkongsi perkara tersebut menerusi perkongsian di platfrom Threads miliknya.

 

“Saya baru tahu tentang ini (bacaan wajib Al-Fatihah setiap rakaat) ketika saya berusia 15 tahun iaitu semenjak saya datang bulan pertama kali pada umur 12 tahun.

 

“Sampailah umur 15 tahun saya hanya baca Al-Fatihah rakaat pertama sahaja,” kongsinya.

Qada solat

Bagaimanapun, Dahlia tetap meluahkan rasa syukur kerana mengetahui perkara tersebut ketika masih remaja.

Malah isteri kepada pelakon Imran Aqil ini masih berterusan berusaha untuk menggantikan solat.

 

“Saya sedih sebab tak tahu awal tentang perkara ini, Alhamdulillah juga saya tahu ketika masih remaja. Memang saya terus cuba untuk qada semua solat-solat itu,” ujarnya.