“Dahsyat PMX!” – Anwar Ibrahim Jadi Salah Satu Soalan Dalam ‘Who Wants To Be A Millionaire’ India

Entertainment
27 Dec 2022 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Who Wants to Be a Millionaire merupakan sebuah rancangan game show yang menawarkan hadiah wang tunai apabila menjawab seberapa banyak soalan dengan betul, makin lama dalam permainan tersebut, makin susah soalan untuk dijawab.

Format ini dimiliki dan dilesenkan oleh Celador, sebuah syarikat penerbitan dari United Kingdom dan hadiah wang tunai maksimum dalam versi British asalnya ialah sejuta paun.

Kebanyakan versi tempatan di seluruh dunia menawarkan hadiah terbesar berjumlah sejuta unit matawang tempatan, namun nilai sebenar hadiah-hadiah tersebut banyak perbezaannya, bergantung kepada nilai pertukaran matawang asingnya.

Di India, rancangan tersebut masih berjalan dan dihoskan oleh pelakon Bollywood lagenda iaitu Amitabh Bachchan.

“Eh macam kenal nama tu…”

Semalam, tular di media sosial apabila salah satu soalan dalam rancangan tersebut merupakan soalan berkaitan Perdana Menteri ke-10 Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Soalan tersebut berbunyi “Negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022?” dan peserta berkenaan dengan sedikit penerangan memilih jawapan yang tepat iaitu Malaysia.

Dalam klip pendek berkenaan, dapat dilihat peserta tersebut sudah mendapat INR 640,000 (RM 34,265) kerana menjawab soalan tersebut dengan tepat.

“Dah jadi common knowledge!”

Perkara itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen bangga dan rata-rata antara mereka meluahkan rasa teruja apabila perkembangan politik negara ini mendapat perhatian di negara lain.

image is not available

Fuh, ini betul-betul mendoniaaa!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article