Daily Express dan Overseas Chinese Daily News raih anugerah media terbanyak

LocalBusiness & Finance
15 Jun 2026 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Daily Express dan Overseas Chinese Daily News raih anugerah media terbanyak

Kota Kinabalu: Akhbar terkemuka dan tertua di Sabah Daily Express (DE) dan Overseas Chinese Daily News (OCDN) muncul sebagai penerima anugerah terbanyak bagi kategori bahasa Inggeris dan bahasa Cina pada Anugerah Media Kinabalu (KPA) 2026 yang berlangsung pada Sabtu malam.

Pasukan Daily Express yang terdiri daripada Larry Ralon dan Sherell Ann Jeffrey memenangi Anugerah Pelaporan Perniagaan dan Ekonomi menerusi laporan bertajuk “Sabah and Global Energy”.

Larry bersama Ricardo Unto turut meraih anugerah merit bagi kategori utama kewartawanan menerusi siri laporan “Sabah’s Climate Challenge Series” manakala kategori tersebut dimenangi Bernama melalui laporan “Sabah Human-Elephant Conflict: A Heart-breaking Chance for Survival”.

Wartawan Harian Ekspres Noor Zafira Mohd Shafie pula menerima anugerah merit bagi kategori sama dalam Bahasa Malaysia menerusi penyertaan bertajuk “Laporan Bersiri Pengkomersialan Koko Tempatan Sabah Pacu Ekonomi Negara, Tambah Pendapatan Peladang”.

Pasukan Daily Express turut meraih dua lagi anugerah merit bagi kategori Pelaporan Hiburan, Budaya dan Kesenian menerusi laporan “Roots Over Pixel” oleh Sherell Ann Jeffrey dan Crystal E. Hermenegildus, serta laporan “Disrespect to Oath Stone in Keningau” oleh Hayati Dzulkifli, Ricardo Unto dan Marutin Ansiung.

Penulis Khas OCDN Siong Yin Hua memenangi Anugerah Kewartawanan Alam Sekitar bagi kategori bahasa Cina menerusi rencana “Turtle Paradise-Selingan Island Malaysia’s Frontline of Conservation” manakala Gravin Wong Chian Kyun menerima merit dalam kategori sama menerusi laporan “Turning Waste into WoW: Nicholas’s Mg’s Green Creativity”.

Bagi kategori Pelaporan Perniagaan bahasa Cina Gravin Wong Chian Kyun memenangi anugerah menerusi laporan “Borenos: 10-year Journey: Sabah’s First Local Fried Chicken Brand Conquers the Nation”.

Siong Yin Hua turut memenangi Anugerah Kewartawanan Sukan kategori bahasa Cina menerusi artikel “Hiking in Borneo has become the Latest Fitness Craze” manakala anugerah merit dimenangi Gravin Wong Chian Kyun menerusi laporan “From Sabah to the World: Angie Yan’s Wai Kru Journey”.