'Dakapan erat bonda.' Tunku Azizah sebak peluk lama Tengku Puteri Afzan atas pelamin jadi perhatian, titip pesanan kepada menantu

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 9:11 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AIR mata bahagia, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan sebak ketika istiadat merenjis anakandanya,Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi.

Aksi berkenaan dilihat semasa selepas istiadat Akad Nikah Tengku Puteri Raja dengan suaminya, FD Idzham FD Iskandar itu menyentuh hati dalam kalangan penonton.

image is not available

Baginda dilihat tidak dapat menahan sebak ketika berpelukan dengan anakanda kesembilan daripada 10 beradik itu ketika berada di atas pelamin.

image is not available

Tunku Azizah juga dilihat mencium dahi Tengku Afzan berkali-kali sambil menitipkan pesanan kepada menantu, FD Idzham yang berada di sebelah anakandanya.

image is not available

Terdahulu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai pernikahan diraja puteri itu ketika Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja.

image is not available

Untuk rekod, Tengku Puteri Afzan adalah puteri keempat Sultan Pahang dan merupakan kembar iaitu Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang merupakan Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang.

Kedua-dua diputerakan dan diputerikan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Terdahulu, Tuanku Azizah yang terkenal dengan sifat keibuannya pernah mendedahkan mengalami keguguran sebanyak enam kali turut menjalani 16 kali rawatan kesuburan dalam usaha mendapatkan waris takhta negeri Pahang.