Tengku Ampuan Pahang gagal tahan sebak, berpelukan lama dengan Tengku Afzan

LocalEntertainment
23 Aug 2024 • 11:04 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tengku Ampuan Pahang

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gagal untuk menahan sebak apabila melihat anakandanya, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Tengku Ampuan Pahang tidak dapat menahan sebak ketika berpelukan dengan anakanda kesembilan daripada 10 orang adik-beradik itu ketika berada di atas mahligai pelamin.

Momen itu dirakam ketika Istiadat Merenjis selepas Tengku Afzan selesai diijabkabulkan dengan suaminya di Istana Abdulaziz, malam tadi.

Tengku Ampuan Pahang

@cornflakesgirlz

22 Ogos 2024 | Mother Daughter moment Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan FD Idzham #perkahwinandiraja #royalweddingpahang #perkahwinandirajapahang #tengkuputeriafzan

♬ original sound – SYOKNYA! – SYOKNYA!

Dalam video tersebut, Tengku Ampuan Pahang mencium dahi Tengku Afzan berkali-kali telah mengundang rasa sebak ramai.

Tengku Ampuan Pahang

image is not available

image is not available

image is not available

Rakyat jelata turut sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat jelata turut menzahirkan rasa sebak apabila melihat momen kasih sayang seorang ibunda yang perlu melepaskan puteri kesayangan demi membina kehidupan baharu bersama insan tercinta.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, pasangan diraja yang tampak segak dan manis dengan mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna putih itu, dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah iaitu Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmad Mohamed Naim dengan dua kali lafaz.

Terdahulu, Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Difahamkan, majlis akad nikah akan diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.

image is not available

image is not available

Sumber: TikTok @cornflakesgirlz