Dakwa ada kalimah Allah pada tulisan kartun, individu disekolahkan netizen

29 Apr 2024 • 12:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di laman sosial apabila seorang individu mendakwa ada kalimah Allah pada ‘We Bare Bears’ sehingga undang perhatian ramai.

Dakwaan tersebut telah dimuat naik oleh individu berkenaan menerusi Facebook @Kuala Terengganu Residen yang meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli pakaian untuk anak-anak.

Ada kalimah Allah

image is not available

“Saya nk bagitahu semua warga Terengganu, kalau nak beli dekat KTCC tu molek-molek sikit, ini kena dekat batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok molek tepi baju.

“Baju ni saya beli kat KTCC bahagian pacific, cuba sek mung tengok molek lambang tu, memang betul nama Allah SWT,” dakwanya.

Ada kalimah Allah

image is not available

Sehingga kini, hantaran tersebut yang dimuat naik oleh pengguna X @AbdQuddusMatIsa mendapat lebih 10,000 tanda suka selepas sehari dikongsikan di aplikasi itu.

Netizen selar tindakan individu tersebut

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen selar dakwaan individu tersebut kerana pakaian Cheetah yang berkolaborasi dengan kartun We Bare Bears hanyalah sekadar huruf biasa dan bukannya kalimah Allah.

image is not available

Bukan semua benda boleh dijadikan isu

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan nasihat kepada individu tersebut bukan semua perkara boleh dijadikan sebagai isu memandangkan kartun tersebut sudah lama bertapak dalam industri hiburan.

image is not available