“Dia melawak ke?” – Netizen Bidas Individu Dakwa Ada Kalimah ‘Allah’ Dekat Logo Animasi ‘We Bare Bears’

Entertainment
29 Apr 2024 • 11:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang individu yang menyatakan terdapat kalimah ‘Allah’ pada logo siri animasi ‘We Bare Bears’.

Menurut individu itu yang memuat naik dakwaan di Group Facebook Kuala Terengganu Residen, dia meminta orang ramai berhati-hati ketika membeli pakaian.

Dalam hantaran itu, dia memaparkan dua keping gambar yang menunjukkan tag baju yang tertera logo siri animasi dari Amerika Syarikat.

“Saya nak bagi tahu semua warga Terengganu, kalau nak beli baju anak-anak dekat KTCC tu molek-molek sikit. Ini kena di batang hidung saya sendiri masa beli tak tengok betul tag di baju.

“Baju ini saya beli dekat KTCC. Cuba korang tengok betul-betul lambang tu, memang betul nama Allah SWT,” katanya yang merujuk kepada perkataan ‘We’ (kami) dalam jenama tersebut.

image is not available

Betul ke melawak?

Bagaimanapun, netizen membidas dakwaan individu terbabit yang keliru dengan rupa huruf ‘W’ dengan kalimah Allah.

Netizen menasihati individu terbabit untuk tidak terburu-buru mengeluarkan dakwaan sendiri dan tidak semua perkara perlu dijadikan isu.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, negara beberapa kali digemparkan dengan isu mirip kalimah Allah pada stoking dan tapak kasut.

Sekadar info, siri animasi We Bare Bears dicipta oleh Daniel Chong untuk Cartoon Network yang mengisahkan tiga beradik beruang yang menetap di San Francisco.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.