
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan keadilan dan kebenaran berhubung kes Allahyarham Zara Qairina perlulah berdasarkan fakta serta proses undang-undang yang sah, bukannya fakta separuh masak, tuduhan rambang atau sentimen emosi semata-mata.

Saifuddin mengambil contoh dakwaan seorang guru, sebelum ini, yang menularkan satu video di platform TikTok kononnya arwah Zara mati akibat didera di dalam mesin basuh dan itu dianggap dakwaan jahat.
Malah, sewaktu pihak polis menahana guru Bahasa Inggeris yang menularkan dakwaan jahat itu, dia mengakui ia hanyalah sekadar content di platform media sosial sahaja.

Bila kita soal siasat kenapa buat begitu? Jawabnya ‘saya hendak buat content sahaja. Tetapi content itu ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar rakyat.
Susulan itu, Saifuddin berkata guru berkenaan sudah ditahan dan akan dituduh jika mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes Zara Qairina: Cucu TYT Atau Isteri Menteri Didakwa Terlibat? Ini Penjelasan Menteri Dalam Negeri
The post Dakwa Arwah Zara Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, Ini Jawab Guru Bahasa Inggeris – “Saya Hendak Buat Konten Saja” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
