Kes Zara Qairina: Cucu TYT Atau Isteri Menteri Didakwa Terlibat? Ini Penjelasan Menteri Dalam Negeri

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan siasatan polis mendapati kes kematian Allahyarham Zara Qairina sama sekali tiada kaitan dengan golongan VVIP seperti didakwa, sebelum ini.

Perkara tersebut berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil sebelum ini.

image is not available

 

Menurut Saifuddin, tiada cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sebagai isteri seorang menteri terlibat dengan kes ini.

Pada 30 Julai lalu pada waktu itu sudah timbul beberapa kenyataan seperti yang terbabit adalah cucu kepada TYT. Pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh…keadaan itu sudah jadi toksik seperti itu sekali.

image is not available

Sekadar info, kematian Allahyarham Zara Qairina menjadi perhatian ramai susulan arwah disyaki telah dibuli oleh rakan sekolahnya tetapi hingga ke hari ini pelaku masih bebas.

image is not available 2025-08-18 13:31:50

Kes Zara Qairina: "Wujud Elemen Buli, Pengabaian Dan Gangguan Seksual" - Menteri Dalam Negeri