Dakwa Bekas Staf Makanan Segera, Netizen Bengang Tengok Pasangan Ini ‘Demand’ Macam-macam Waktu ‘Order’

Entertainment
12 Mar 2024 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita tahu, restoran makanan segera mempunyai prosedur dan tatacara pengendalian makanan tersendiri. Pekerja restoran juga pasti sudah menyediakan makanan tersebut sebelum ia dipesan oleh pelanggan.

Pun begitu, satu video yang tular di X baru-baru ini menunjukkan satu pasangan ini sedang memesan makanan segera di sebuah kaunter pandu lalu.

Nak semua makanan dihidang panas

Dalam video yang tular itu, seorang wanita yang berada dalam kereta telah memesan bubur nasi kepada pekerja restoran tersebut. Dia meminta bubur itu dihidang panas dan diambil daripada periuk bubur.

Lelaki dalam video itu juga meminta untuk semua makanan yang dipesan dimasak pada waktu itu juga. Selain itu, mereka juga memesan burger dan meminta pekerja restoran tersebut memenuhi kehendak mereka.

Sebab deluxe masak 4 minit je kan? Boleh tunggu yang itu (bubur nasi) asalkan yang dalam periuk punya. Tapi deluxe yang kosong tu, minta request patty tu nak potong.

Walau bagaimanapun, mereka boleh sahaja menunggu pekerja restoran itu menyediakan makanan yang telah dipesan. Pekerja restoran itu hanya menuruti sahaja pemintaan kedua-dua pelanggan tersebut.

image is not available

Dakwa diri bekas staf restoran makanan segera

Jelas tulisan pada video, mereka mahu membuat point of view (POV) pernah bekerja di restoran makanan segera tersebut. Jadi, mereka sudah tahu selok belok dan prosedur penyediaan makanan di restoran itu.

POV: Bila kau pernah jadi ex staf..

Wanita itu berkata, dia sedang demam jadi perlu baginya untuk request lebih kepada pekerja restoran makanan segera itu.

Pun begitu, cara mereka memesan makanan telah mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan balas. Ada netizen menganggap mereka sengaja menyusahkan pekerja restoran itu.

image is not available image is not available

Uish banyaknya dia minta…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.