Dakwa Cipta Jala Udang, Mat Salleh Ini Kena Perli Dengan Orang Malaysia

Entertainment
3 Jun 2023 • 2:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Istilah menjala ikan sudah sangat sinonim dengan masyarakat kita lebih-lebih lagi yang duduk di luar bandar. Di mana saja tempat yang ada sungai, tasik atau laut, aktiviti menjala ni adalah satu perkara yang sering dibuat untuk mencari sumber makanan.

Dengan perkara yang sinonim itu, mesti kita sedikit triggered bila ada orang claim jala udang itu adalah ciptaannya kan.

Itulah yang didakwa oleh seorang lelaki luar negara dalam salah satu video TikTok yang dimuat naiknya. Korang boleh tengok video @thefishwishperer1 kat bawah ni.

image is not available

Suka hati je claim dia punya

Sebenarnya min nampak ramai orang komen macam tak puas hati dengan apa yang mat salleh ni claim. Generasi sebelum kita dan guna jala lama dah, lepas tu dia senang-senang je claim dia yang cipta. Kadang-kadang min tak faham dengan orang macam ni.

image is not availableItu lah kan. Nenek moyang dia dulu jajah tanah air kita, mungkin terlepas pandang kot pasal jala ni.

image is not availableMungkin lah. Sebab tak pandang sangat cara nenek moyang kita tangkap ikan. Itu yang terlupa nak bawa balik jala untuk masyarakat kat sana zaman tu.

image is not availableOrang-orang Asia dulu nak tangkap ikan banyak-banyak mesti guna jala. Senang sikit kerja. Sampai sekarang pun orang guna dan jual lagi jala ni tau.

image is not availableMin ada terfikir gak. Kalau betul dia dah jual kat sana, min pun nak masuk market tu lah. Beli kat sini murah-murah pastu jual harga cekik darah siap postage, easy money.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.